fbpx
Jefery ketika dibawa ke Mahkamah Klang. Foto SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Penganggur nafi bakar enam rumah keluarganya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membakar enam buah rumah ahli keluarganya di Kampung Johan Setia, minggu lalu.

Tertuduh, Jefery Johar, 44, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan api dengan membakar enam buah rumah di Kampung Johan Setia pada pukul 2 hingga 2.30 petang, 13 Januari lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Difahamkan, Jefery masih dalam parol dan keluar dari penjara pada awal bulan ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Suhaili Abu Bakar tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh, namun sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, pihaknya mencadangkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan selain syarat tambahan yang sesuai.

Jefery yang tidak diwakili peguam memaklumkan tidak membuat sebarang permohonan jaminan. Mahkamah memutuskan tiada jaminan diberikan dan menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mac ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang memiliki 26 rekod lampau ditahan selepas dipercayai menyebabkan kebakaran enam buah rumah di Kampung Johan Setia. Kejadian berlaku pada pukul 2 petang di dua lokasi dengan jarak 500 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI