fbpx
WEI CHONG (kiri) dan Kai Wun memulakan misi mempertahankan gelaran dengan langkah kanan selepas mara ke pusingan kedua. - SHIDDIEQIIN ZON

Indonesia Masters: Wei Chong-Kai Wun ‘lulus’ ujian pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terus menggalas misi mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters selepas berjaya melangkah ke pusingan kedua.

Pada aksi pusingan pertama di Istoran Senayan, Jakarta sebentar tadi, pasangan No.6 dunia itu menewaskan beregu Taiwan, Chang Ko Chi-Ko Li Wei 21-13, 21-6.

Selepas menyaksikan beberapa rakan sepasukan tersungkur awal, Wei Chong-Kai Wun menampilkan aksi cukup baik apabila menguasai sebahagian besar perlawanan tersebut.

Mereka membuktikan status sebagai pilihan ketiga kejohanan apabila memastikan kemenangan ke atas beregu Taiwan itu dalam tempoh 23 minit sahaja.

Menjelang pusingan kedua esok, Wei Chong-Kai Wun akan berdepan beregu India, Hariharan Amsakarunan-M.R. Arjun yang menewaskan wakil tuan rumah, Ali Faathir Rayhan-Devin Artha Wahyudi.

Sementara itu, satu lagi wakil negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri tidak dapat meneruskan perjuangan apabila tewas kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy.

Aksi ulangan pusingan pertama Terbuka Malaysia itu menyaksikan Hon Jian-Haikal terpaksa akur tewas 21-17, 17-21, 3-21 meskipun bermula dengan memenangi set pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI