fbpx
AHMAD IZRAM (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam Program Sumbangan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Persatuan Suri dan Pegawai Wanita (Perisma) Kebangsaan di Ibu Pejabat JBPM Perak di Bandar Meru Raya di Ipoh hari ini.

RM2.09 bilion kerugian harta benda akibat kebakaran struktur dan kenderaan sepanjang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sebanyak RM2.09 bilion kerugian harta benda akibat kebakaran melibatkan struktur dan kenderaan direkodkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman berkata, sebanyak 16,111 kes kebakaran melibatkan struktur dan kenderaan telah diterima dan diambil tindakan sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, dalam tempoh itu, sebanyak 98 kematian direkodkan dengan 77 kes bagi insiden kebakaran struktur dan selebihnya kebakaran kenderaan.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 12,292 atau 76 peratus kes kebakaran struktur direkodkan manakala kebakaran kenderaan melibatkan 3,819 atau 24 kes dengan anggaran kerugian keseluruhan sebanyak RM2.09 bilion.

“Walaupun kerugian tersebut agak besar, nilai harta yang berjaya diselamatkan juga tinggi apabila dianggarkan RM6.44 bilion berjaya diselamatkan pasukan bomba menerusi operasi sepanjang tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Sumbangan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Persatuan Suri dan Pegawai Wanita (Perisma) Kebangsaan di Ibu Pejabat JBPM Perak di Ipoh hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, bulan Julai merekodkan jumlah insiden tertinggi dengan 1,448 kes manakala November mencatatkan jumlah terendah apabila 1,211 kes dilaporkan.

Katanya, berdasarkan kepada pecahan kes mengikut negeri, Selangor merupakan negeri tertinggi dengan 3,657 kes atau 23 peratus daripada jumlah di seluruh negara.

“Ia diikuti Johor dengan 1,996 kes, Perak (1,826 kes), Kuala Lumpur (1,332 kes) dan Pulau Pinang (1,192 kes) manakala Sabah merekodkan kes kematian tertinggi membabitkan 21 mangsa.

“Daripada sudut nilai kerugian akibat kebakaran Selangor dan Johor menjadi negeri tertinggi dengan masing-masing merekodkan RM543.6 juta dan RM477.3 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI