fbpx
AKSI sukar dihadapi Pearly-Thinaah sebelum mara ke pusingan kedua Indonesia Masters. - SHIDDIEQIIN ZON

Indonesia Masters: Pearly-Thinaah ‘cemas’ sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah dipaksa bekerja keras ketika melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters.

Pada aksi pusingan pertama di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi, naib juara dunia itu mencatat kemenangan tiga set 21-15, 20-22, 21-19 ke atas beregu Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai.

Walaupun dijangka menang mudah, namun Pearly-Thinaah tetap diberikan tentangan sengit sebelum mereka memastikan kemenangan muktamad dalam tempoh 48 minit.

Pasangan No.2 dunia itu sepatutnya boleh menamatkan perlawanan menerusi aksi straight set, namun mereka gagal memanfaatkan peluang ketika mendahului 20-16 di set kedua.

Selepas tersingkir di separuh akhir pada Terbuka India minggu lalu, beregu No.2 dunia itu pastinya mahu melayakkan diri ke final di kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.

Menjelang pusingan kedua esok, Pearly-Thinaah akan bertemu sama ada beregu Ukraine, Polina Buhrova-Yevheniia Kantemyr atau pasangan Taiwan, Lin Xiao Min-Wang Yu Qiao. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN