fbpx
Dua penjawat awam (hadapan, dua dari kanan dan belakang, dua dari kanan) ditahan reman SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan tender di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

Dua penjawat awam ditahan, SPRM siasat tender bekal makanan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Dua penjawat awam ditahan reman selama enam hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan dakwaan membuat tuntutan palsu berjumlah RM23,000 berhubung pembekalan makanan di sekolah di daerah ini.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, siasatan awal mengesyaki kedua-dua suspek terlibat dalam tuntutan perolehan pembekalan makanan di sebuah sekolah di Kemaman bagi tempoh tahun 2023 hingga 2024.

“Pembekalan makanan tersebut didapati tidak pernah dilaksanakan seperti didakwa.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd. Yazid berkata, kedua-dua suspek ditahan sewaktu memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman di sini pada pukul 3 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI