fbpx
Gambar hiasan

Apa perlu tahu mengenai Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Kerajaan hari ini melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.

Berikut apa yang anda perlu tahu mengenai Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035:

1. Enam tahun masuk darjah satu

-Boleh mendaftar sukarela ke tahun satu bermula tahun depan

2.Perkasa jati diri

-Wajib belajar Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut kurikulum kebangsaan di sekolah agama rakyat, sekolah antarabangsa dan sekolah persendirian (termasuk UEC)

3. Penilaian pembelajaran baharu

-Melaksanakan pengukuran pembelajaran baharu bagi murid tahun empat ditadbir berpusat oleh Lembaga Peperiksaan

4. Bilik guru selesa

-Peruntukan RM100 juta naik taraf dan membaik pulih bilik guru seluruh negara

5.Belajar TVET di sekolah

-Pendidikan TVET bermula dari tahun satu hingga tahun enam
-Kandungan, kemahiran dan nilai TVET diperluas di tingkata 1, 2, 3

6. Reformasi sekolah kebangsaan

-Lima sekolah kebangsaan dan lima sekolah menengah kebangsaan dipilih di setiap daerah sebagai Sekolahg Inspirasi

7. Jaminan untuk pelajar cemerlang

-Pelajar PNGK 4.0 STPM, matrikulasi, asasi dan diploma dijalami tempat di IPTA

8. Pendidikan percuma

-Yuran pelajar OKU dikecualikan melibatkan 3,000 orang di IPTA, politekbik dan kolej komuniti

9. Lebih banyak tempat lebih banyak peluang

-Tambahan 3,000 tempat ke IPTA bagi tahun 2026 bagi pelajar cemerlang dan lepasan STPM

10.Tiada yang tertinggal

-Kuota penerima Pendidikan percuma, biasiswa melalui PTPTN dinaikkan daripada 5,800 orang kepada 10,000 orang untuk keluarga miskin tegar

11. Pendidikan tinggi sebenar

-Tingkatan enam, matrikulasi diletakkan di Bawah Kementerian Pendidikan bermula 2027

12. Hostel pelajar selesa

-Menyediakan 5,000 penginapan tambahan, yuran penginapan tidak membebankan

13. Asas pembinaan bangsa

-Subjek mata pelajaran umum dirombak, diajar dalam bahasa Melayu di seluruh university awam, swasta

14.TVET diperhebat

-Kerajaan perkasa politeknik, kolej komuniti melalui penerapan digilitasi dan AI secara menyeluruh

-Penggubalan Akta Politeknik dan Kolej Komuniti- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI