PETALING JAYA – Kerajaan akan memperkenalkan mata pelajaran umum yang telah dirombak semula dan diajar dalam bahasa Melayu di seluruh universiti awam dan swasta bagi pelajar Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mata pelajaran umum itu meliputi Perlembagaan dan sejarah Malaysia yang dimasukkan ke dalam kurikulum.
“Ia (perkara ini) tidak terlalu menekan kerana kita tidak mahu membebankan anak-anak dalam pelbagai bidang dan disiplin yang memerlukan tumpuan yang lebih.
“Tetapi saya berfikir, anak Malaysia tidak faham Perlembagaan negara dan tidak mengerti sejarah negara adalah tidak munasabah.
“Kalau mahu selamatkan negara ini, biar semua anak kita menguasai pengetahuan asas tentang Perlembagaan dan sejarah,” katanya pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya, hari ini. – KOSMO! ONLINE














