fbpx
Lakaran artis bagi projek komersial Perdana Centerpoint 3 yang dijangka merangsang aktiviti perniagaan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

M K Land perluas pilihan kediaman, komersial di Utara Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – M K Land Holdings Berhad (M K Land) terus memperkukuh kedudukannya sebagai pemaju hartanah pilihan di Perak dengan memperluaskan portfolio pembangunan hartanahnya menerusi kediaman Eugenia dan Lily yang telah dilancarkan Sabtu lalu.

Eugenia dan Lily merupakan projek kediaman teres dua tingkat yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pembeli rumah dan kini dibuka untuk dijual pada harga bermula RM250,000.

Selain itu, M K Land sebelum ini telah melancarkan Perdana Centerpoint 3, sebuah pembangunan komersial strategik, ketiga-tiganya terletak di dalam perbandaran M K Land di Ipoh – Chemor, kawasan yang terus mencatatkan permintaan yang kukuh daripada pembeli rumah dan pelabur.

Ketua Pegawai Operasi M K Land – Wilayah Utara, Nazri Tumin menekankan aspek pembangunan lestari dalam projek pembangunan Kumpulan.

“Setiap projek M K Land di koridor utara Ipoh dibangunkan dengan prinsip pembangunan mampan.

“Eugenia, Lily dan Perdana Centerpoint 3 direka bukan sahaja untuk memenuhi keperluan kediaman dan komersial hari ini, tetapi juga menyokong pembangunan perbandaran yang menyeluruh, inklusif dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi kami dalam membangunkan komuniti yang mampan dan lestari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pembangunan ini merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang syarikat untuk memperkasakan Wilayah Utara, terutamanya Ipoh sebagai hab kediaman dan komersial yang lebih mapan.

“Kami percaya pembangunan lestari harus memberi manfaat bukan sahaja kepada pemilik rumah, tetapi kepada seluruh komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI