fbpx
AB. RAUF ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 bertemakan Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini.

Melaka cuti enam hari berturut-turut bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Melaka mengumumkan cuti khas pada 1 Ramadan ini bagi semua penjawat awam di negeri ini yang dijangka jatuh pada 19 Februari depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pengumuman itu dibuat bagi menghargai penat lelah penjawat awam yang bertungkus-lumus melaksanakan pelbagai program kerajaan negeri sepanjang 2025.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa cakna mengenai pengorbanan penjawat awam yang sanggup bertugas siang dan malam, berhujan berpanas, malah meninggalkan keluarga demi memastikan program kerajaan berjalan lancar.

“Ada pula yang sampai suami mengadu di komen, katanya ‘Tok kesian dekat saya, hujung minggu pun isteri kena kerja’. Saya faham, dengar dan amat memaham, inilah gambaran sebenar komitmen penjawat awam negeri Melaka.

“Mudah-mudahan cuti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan menyambut Ramadan bersama keluarga. Semoga dengan cuti Ramadan ini dapat mendekatkan yang jauh, dapat memesrakan yang lama tak dapat bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 bertemakan Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini.

Menerusi pengumuman itu, Melaka akan mempunyai enam hari cuti termasuk cuti umum secara berturut-turut bermula sambutan Tahun Baharu Cina pada 17 dan 18 Februari, cuti khas 1 Ramadan (19 Februari), Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (20 Februari) dan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad (21 dan 22 Februari).-KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN