fbpx
Antara individu yang ditahan dalam operasi itu di kebun berdekatan Pangsapuri Bayu Perdana, Klang. -FOTO: ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

Kebun haram jadi port judi sabung haram digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Taktik sindiket untuk mengubah nama lorong dan menjadikan kebun haram sebagai lokasi judi sabung ayam serta bola golek tumpas selepas digempur polis berhampiran sebuah pangsapuri di sini, semalam.

Serbuan dilakukan pukul 5.30 petang Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor bersama Jabatan Veterinar berjaya menahan 72 lelaki termasuk penganjur dan pemain berusia 20 hingga 70 tahun.

Ketika serbuan, kesemua lelaki sedang asyik berjudi sebelum cuba melarikan diri namun dikepung pihak berkuasa.

Ketua Polis negeri, Datuk Shazeli Kahar berkata, penahanan menerusi Op Cakar bersama Jabatan Veterinar itu dilakukan hasil risikan dan maklumat berkaitan aktiviti perjudian di kebun tersebut.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati sindiket itu menjadikan kawasan yang terselindung berkenaan sebagai lokasi perlawanan pada setiap Ahad.

“Mereka iaitu pemain dipercayai membuat pertaruhan bagi setiap perlawanan sabung ayam mencecah sehingga RM10,000.

“Pemeriksaan mendapati dua lelaki bertindak sebagai penganjur manakala 70 pemain terdiri daripada 41 warga tempatan dan 31 warga asing. Turut disita, wang tunai RM55,075 dan pelbagai peralatan perjudian,” katanya hari ini.

Tambah Shazeli, sebanyak 14 ekor ayam hidup dan empat ayam yang mati dipercayai akibat aktiviti sabung itu turut dirampas.

“Kesemua tangkapan itu dibawa ke di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi membantu siasatan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32 Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI