fbpx
Ramli Ngah Talib (empat dari kiri) bersama Tan Kean Tet (tiga dari kanan) pada majlis pembukaan rasmi hotel di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Hotel Iconic Marjorie lengkapi rangkaian hotel premium di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PULAU PINANG – Hotel Iconic Marjorie Penang, a Tribute Portfolio Hotel dan sebahagian daripada portfolio global Marriott International, telah dibuka dengan rasminya seiring untuk memeriahkan lagi aktiviti yang disusun untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dengan gaya reka bentuk tersendiri yang diilhamkan oleh budaya Baba Nyonya yang disanjungi di Pulau Pinang, hotel bertaraf lima bintang dengan 298 bilik di Bayan Lepas ini dilengkapi dengan kemudahan rekreasi bertaraf dunia, termasuk kolam renang infiniti, jakuzi, pusat kecergasan 24 jam, dan WellNest Spa yang baharu di tingkat 13 hotel.

Majlis pembukaan rasmi hotel ini telah disaksikan oleh Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun
Ramli Ngah Talib; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Naib Presiden Pengurusan Aset Marriott International, Yeoh Soo Hin.

Naib Presiden dan Pengarah Eksekutif Iconic Penang Sdn Bhd, James Tan Cho Chia berkata, pembukaan rasmi Iconic Marjorie Penang, a Tribute Portfolio Hotel telah meraikan kekayaan budaya Pulau Pinang dengan reka bentuk tersendiri yang diilhamkan oleh warisan meriah negeri ini.

Menurutnya, melalui kerjasama rapat dengan Marriott International, pihaknya telah membangunkan sebuah hotel mewah bertaraf dunia untuk para pelancong menyelami keindahan mempesona dan semangat pelbagai budaya Pulau Pinang.

“Sebagai sebuah hotel Tribute Portfolio, Iconic Marjorie menyertai koleksi hotel global yang semakin
berkembang, yang dicirikan oleh reka bentuk yang menawan serta hubungan dengan komuniti setempat,”katanya pada majlis pelancaran hotel tersebut baru-baru ini.

Tambah beliau, dengan pembukaan rasmi Iconic Marjorie Penang, pihaknya berada pada
kedudukan yang baik untuk memanfaatkan kemasukan pelancong ke Pulau Pinang
dan menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN