fbpx
PEDRO membuka tirai jaringan ketika Chelsea berjaya membenam Brentford di hadapan penyokong sendiri kelmarin. - AFP

EPL: Rosenior nikmati kemenangan pertama di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Faktor tuah nyata memihak kepada Chelsea ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stamford Bridge malam kelmarin.

Walaupun Brentford dilihat lebih berbahaya sepanjang perlawanan, namun kemenangan memihak kepada Chelsea selepas juara Eropah dua kali itu menjaringkan gol menerusi Joao Pedro dan Cole Palmer.

Lebih manis, ia juga menjadi kemenangan sulung buat pengurus baharu Chelsea, Liam Rosenior dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas masuk menggantikan Enzo Maresca yang mengambil keputusan meninggalkan pasukan itu.

“Saya gembira dengan kemenangan hari ini (kelmarin) walaupun masih ada banyak perkara yang perlu diperbaiki. Pemain-pemain juga menunjukkan karakter sebenar walaupun berdepan pasukan yang sangat baik.

“Kami berjaya mengawal permainan dengan baik setiap kali memegang bola dan kami juga tidak melepaskan sebarang gol. Saya juga gembira apabila pemain tahu apa perlu dilakukan untuk catat kemenangan,” katanya.

Sementara itu, beliau juga percaya pemain-pemainnya masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan secara menyerang yang mahu diterapkan ke dalam pasukan.

“Saya datang ke sini bagi membantu pasukan untuk mencatat kemenangan selain mempamerkan corak permainan menarik. Bagaimanapun, kami juga mesti tahu cara untuk menang walaupun bermain di bawah paras sebenar,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI