fbpx
Muhammad Kamarul, suami Allahyarham Nadia Kesuma.

Aku datang dengan penuh kasih sayang – Suami Nadia Kesuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Aku datang dengan penuh kasih sayang, sangat merindukanmu. Tak dapat tidur, sayang,” demikian luahan rindu suami Allahyarham Nadia Kesuma, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah.

Muhammad Kamarul memuat naik hantaran panjang menerusi Facebook mengimbas kenangan bersama arwah isteri, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50.

“Tiada apa-apa untuk dibawa kepadamu kali ini sayang. Tiada char kuetiau Adam, tiada masakan Auntie daripada Tun Saadon atau kimchi wantan dari medan selera Gelugor. Pastinya hidanganmu sekarang luar biasa.

“Dalam perjalanan berjumpa denganmu sayang, sangat teruja. Kak Aini kirim salam kasih sayang. Dia sempat bergurau mengharapkan beg Kipling daripadamu sebagai hadiah hari lahir, bila kamu pulang nanti.

“Kamu macam berjanji, kan? Tapi Kak Aini orang pertama tahu bahawa kamu jauh pergi meninggalkan kami. Walau apa pun tanggapan orang lain, dia menyayangimu dan menerima kamu sepenuh hati. Masih ingat hari itu?,” katanya pada hantaran tersebut hari ini.

Muhammad Kamarul berkata, anak-anak mereka juga sangat merindui Nadia Kesuma, malah seorang daripadanya iaitu Deena menangis teresak-esak selepas menerima khabar pemergian Allahyarham.

“Terpaksa pujuk Iqi kerana dia mahukanmu dan mahu ikut berjumpa denganmu. Tapi aku berjanji, suatu hari nanti kita semua akan melawat istana baharu apabila sudah cukup mampu.

“Thila juga mengirim salam dan kasih sayang, dia sedih kerana tidak dapat melawatmu dengan lebih kerap. Apatah lagi ketika dia sendiri tidak sihat. Dia kata, kamulah satu-satunya yang menyayanginya. Dia mintaku memberikan bunga untukmu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut menerima ratusan mesej daripada rakan-rakan serta orang yang tidak dikenali susulan perkhabaran sedih kematian Allahyarham isterinya.

Katanya, beliau turut membawa baju hud (hoodie) yang dibeli oleh Allahyarham Nadia Kesuma untuk dipakai di London serta tertinggal di Malaysia dan pakaian itu dibawanya ke Jeddah, Arab Saudi hari ini.

Kosmo! melaporkan, Muhammad Kamarul yang bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) bersama seorang anak perempuannya berlepas dari Lapangan Terbang Pulau Pinang menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum berlepas ke Jeddah, kira-kira pukul 5 petang ini.

Tanda tanya mengenai kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.

Perkara itu disahkan anak perempuannya, menerusi Thread apabila memaklumkan yang ibunya meninggal akibat sakit jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN