fbpx
Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan di HSIS.

Pemeriksaan berkala kesihatan PM ditahap memberangsangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang hari ini.

HSIS dalam satu kenyataan berkata, keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa kesihatan Perdana Menteri berada pada tahap yang memberangsangkan.

“Keputusan itu membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara.

“Perkara itu menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI