JAKARTA – Satu klip video tular di Garut, wilayah Jawa Barat memaparkan tetamu sebuah majlis perkahwinan berebut mengambil wang yang dilemparkan oleh keluarga pengantin baharu, lapor portal berita Lambe Turah.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di daerah Balubur Limbangan, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @hambali.alghazali menunjukkan orang ramai berpusu-pusu mengutip wang kertas dengan jumlah keseluruhan sebanyak 25 juta rupiah (RM6,000) yang dilemparkan dari atap rumah.
Wang tersebut bernominasi 5,000 rupiah (RM1.20), 10,000 rupiah (RM2.40) dan 20,000 rupiah (RM5.40).
Lebih mengejutkan, ‘pengagihan’ wang itu mengambil masa lebih satu jam.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Seeloknya dibahagikan sama rata,” kata seorang netizen.
“Mantap,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














