JAKARTA – Sebuah majlis sambutan Israk Mikraj di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur menerima kecaman orang ramai kerana menjemput seorang wanita untuk berjoget dan menyanyi lagu dangdut, lapor portal berita Times Indonesia.
Kejadian berlaku di Desa Parangharjo, daerah Songgon semalam.
Rakaman video dikongsi di platform TikTok menunjukkan seorang wanita menyanyi sambil melakukan tarian ‘pelik’ di khalayak ramai dengan berlatarbelakangkan ‘banner’ bertulis ‘Memperingati Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW’.
Selain memakai pakaian seksi, dia juga berjoget dengan seorang lelaki di atas pentas.
Rakaman itu mencatatkan lebih 163,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Macam mana berfikir?” kata seorang netizen.
“Ilmu tanpa adab adalah sia-sia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














