fbpx
BELLINGHAM menjadi buruan Liverpool yang dianggap mampu menyelesaikan masalah di bahagian struktur pasukan itu. - AGENSI

EPL: Alonso ‘rosakkan’ rancangan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Liverpool mungkin terpaksa menukar perancangan ekoran pemecatan Xabi Alonso sebagai pengendali Real Madrid ketika mereka berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah, Jude Bellingham.

The Reds dikatakan bersedia dengan dana sebanyak £173 juta (RM9398.12 juta) untuk ditawarkan kepada Real bagi mendapatkan khidmat pemain antarabangsa England itu selepas mula menaruh minat sejak 2022 ketika Bellingham di Borussia Dortmund lagi.

Ketika di bawah kendalian Alonso, Bellingham dilapor berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan sistem yang digunakan menyebabkan Liverpool percaya mereka memiliki peluang untuk mendapatkan pemain itu.

Bagaimanapun, situasi semasa dengan pemecatan Alonso yang digantikan oleh Alvaro Arbeloa menyebabkan Liverpool perlu mengubah pendekatan biarpun mereka percaya mampu untuk mendapatkan pemain itu pada dua jendela perpindahan tahun ini.

Liverpool membuat penilaian bahawa Bellingham merupakan jalan terbaik untuk mereka menyelesaikan masalah struktur permainan pasukan kerana dia memiliki kemampuan untuk memberikan arahan, berlari dan membuat keputusan.

Bagaimanapun, usaha berkenaan tidak mudah buat Liverpool apabila Real tidak bersedia melepaskan mana-mana pemain bintangnya ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN