BERTERASKAN gastronomi makanan Melayu Utara yang autentik, Kedai Kopi Maneh di Shah Alam, Selangor, tampil untuk mengangkat warisan rasa tradisional. Menggabungkan konsep kopitiam dengan masakan Melayu asli, kedai tersebut menampilkan hidangan berasaskan resipi turun-temurun keluarga yang berasal dari Pulau Pinang. Pemilik mengekalkan keaslian cara penyediaan, rasa dan identiti makanan Melayu Utara, sekali gus menawarkan pengalaman menjamu selera yang jarang ditemui di Shah Alam. Menurut pemilik kedai, Malek Ahmad, motivasi penubuhan kedai tersebut adalah kerana ketiadaan kedai makan Melayu autentik yang……














