JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila menggunakan mentega untuk menghalang air banjir daripada memasuki rumahnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Banjir tercetus susulan hujan lebat berterusan di Jakarta, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @f3boegies menunjukkan lelaki terbabit sedang menyapu mentega pada celah-celah bingkai tingkap.
Inisiatif itu menyebabkan air hanya bertakung di luar rumahnya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 872,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Keadaan mendesak, yang penting air tidak masuk rumah,” kata seorang netizen.
“Seeloknya guna tanah liat kerana ia tidak mudah cair,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














