fbpx
LEBIH 200 penduduk mengadakan perhimpunan aman di laluan masuk Felda Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor semalam. - SADDAM YUSOFF

‘Hospital tak nak bina, ladang babi boleh pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Lebih 200 penduduk di kawasan Felda Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi, Soeharto dan Gedangsa serta penempatan di Bestari Jaya mengadakan perhimpunan aman di laluan masuk Felda Sungai Tengi Selatan, di sini semalam.

Seorang penduduk warga Felda Sungai Tengi Selatan, Abdul Wahab Samad, 71, berkata, rata-rata penduduk lebih mengharapkan fasiliti kesihatan yang lebih baik berbanding pembinaan ladang babi.

“Dari sini hendak ke hospital terdekat adalah di Kuala Kubu Baharu dan juga Slim River, perjalanannya lebih sejam melalui lebuh raya di susur Bukit Tagar.

“Jadi, buat apa buat ladang babi, bukan ada manfaat kepada penduduk di sini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Rosli Jemain, 66, turut senada apabila pengoperasian pelupusan sampah yang dicanang berteknologi tinggi adalah tidak seperti diperkatakan.

“Dulu, pembukaan tapak pelupusan sampah turut dijanjikan tanpa masalah bau, namun kini penduduk terpaksa menanggung bau busuk terutama pada waktu malam dan ketika hujan atau angin kuat. Macam mana pula nanti jika ada ladang babi,” tegasnya.

ANTARA wakil NGO yang menyertai bantahan di luar pekarangan Bangunan SUK, Shah Alam semalam. – ISKANDAR SHAH MOHAMED

Di Shah Alam, lebih 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menentang sekeras-kerasnya sebarang ternakan ladang babi di negeri ini termasuk melibatkan Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Kesemua NGO menerusi Gabungan Khas NGO Islam Melayu itu tampil menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini semalam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, kegagalan mengurus dan mengendalikan ladang babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat sehingga mengganggu kehidupan penduduk setempat disifatkan amat teruk.

Tegasnya, keadaan seumpama itu boleh berlaku di kawasan lain jika ladang babi baharu dibuka di Selangor.

“Justeru, kami membantah keputusan Kerajaan negeri mahu memindahkan ladang babi ke Bukit Tagar kerana akan menjejaskan kehidupan penduduk yang majoritinya Islam.

“Kami tidak berkompromi kawasan penduduk Melayu menjadi sasaran itu dan akan bantah jika tetap diteruskan. Kalau mahu mengusahakannya, biarlah ia di kawasan majoriti penduduk pemakan daging babi,” katanya.

Tambah Syed Hassan, kerajaan negeri digesa supaya terus mengharamkam ternakan babi di Selangor.

“Kami juga menentang cadangan menjadikan Selangor sebagai pengeksport daging babi sedangan negara ini agamanya adalah Islam dan ia tidak betul sama sekali jika berlaku.

“Selangor perlu menjadi negeri pertama menguatkuasakan hanya daging babi import boleh berada di pasaran negeri ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, isu ternakan babi yang menghantui penduduk Tanjung Sepat berlarutan sejak sekian lama, namun didakwa kembali aktif dua bulan lalu selepas berakhirnya jangkitan demam babi Afrika (ASF). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN