fbpx
GAMBAR fail Mongkolkit Suksintharanont (kanan). - Foto Khaosod

Benarkan wanita berkahwin 4 – Calon PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang calon perdana menteri Thailand mencuri perhatian selepas mencadangkan supaya wanita dibenarkan mempunyai sehingga empat orang suami atas nama kesaksamaan gender, lapor portal berita VnExpress sermalam.

Pemimpin Parti Alternatif Thailand, Mongkolkit Suksintharanont berkata dalam satu hantaran Facebook kelmarin bahawa jika masyarakat benar-benar menyokong kesaksamaan, wanita sepatutnya dibenarkan berkahwin dengan lebih daripada seorang suami.

Namun, katanya, ia mesti dengan syarat semua pihak yang terlibat memberikan persetujuan.

Cadangan itu dengan pantas menarik perhatian netizen dan meningkatkan reputasi Mongkolkit sebagai tokoh yang terkenal dengan idea  luar biasa serta provokatif.

Portal berita Thailand, Khaosod menyatakan, ahli politik itu sebelum ini pernah mengemukakan pelbagai cadangan sensasi.

Ia termasuk rancangan menubuhkan ‘pasukan angkasa’ Thailand dalam tempoh sebulan selepas memegang jawatan, menawarkan insentif tunai kepada wanita bagi meningkatkan kadar kelahiran dan mengaitkan kenaikan gaji dengan kewajipan bersenam setiap hari bagi rakyat berusia.

Kenyataan tersebut dibuat ketika Thailand bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum pada 8 Februari ini sekali gus menyaksikan negara itu akan melantik perdana menteri baharu buat kali keempat dalam tempoh hanya tiga tahun.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, mengumumkan pembubaran parlimen pada 11 Disember tahun lalu, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya awal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN