fbpx
SEORANG wanita ditemui mati dengan kesan kelar pada leher bersama anak lelakinya disyaki dibunuh suaminya yang juga seorang doktor di sebuah kediaman di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru, 31 Disember lalu. - Gambar hiasan

Doktor ditahan tamatkan riwayat isteri, anak 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang doktor ditahan selepas dipercayai membunuh isteri dan anaknya yang berusia empat tahun dalam kejadian di sebuah kediaman di Bandar Dato’ Onn di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek yang berusia 33 tahun itu diberkas pada 3 Januari lalu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa yang berusia 36 tahun ditemukan pada pukul 8.20 pagi dengan kesan kelaran pada leher bersama anak lelakinya yang sudah tidak bernyawa.
“Kanak-kanak berusia empat tahun itu dijumpai dalam kesan kebiruan dipercayai akibat tekupan. Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

AB RAHAMAN

Ab. Rahaman berkata, susulan itu, polis menahan suspek dan merampas sebilah pisau, bantal serta sarung. Lelaki itu ditahan reman selama 13 hari sehingga esok.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan bebas bahan terlarang. Suspek akan didakwa di Mahkamah Johor Bahru esok di bawah Seksyen 302, Seksyen 201 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN