fbpx
SZE FEI dan Izzuddin sekali lagi mempamerkan aksi bawah paras sebenar selepas tersingkir di pusingan kedua Terbuka India. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka India: Langkah DinFei tersekat di pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malang terus menimpa beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani apabila tersingkir di pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka India.

Pada perlawanan yang berlangsung di Indira Gandhi Arena, New Delhi sebentar tadi, bekas beregu No.1 dunia itu terpaksa akur tewas 14-21, 21-17, 14-21 kepada Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan.

Menerusi kekalahan tersebut, ini merupakan kali kedua berturut-turut Sze Fei-Izzuddin tersingkir di pusingan kedua selepas turut mengalami nasib serupa pada Terbuka Malaysia minggu lalu.

Turun sebagai pilihan keenam, gandingan No.7 dunia itu mempamerkan aksi bawah paras sebenar, jauh jika dibandingkan ketika mereka berada pada prestasi terbaik dua tahun lalu.

Selepas ini, gandingan yang terkenal dengan julukan DinFei itu akan beraksi pada Indonesia Masters minggu depan dan dijadualkan bertemu beregu Amerika Syarikat (AS), Chen Zhi Yi-Presley Smith di pusingan pertama.

Sementara itu, Jhe Huei-Po Hsuan akan menunggu pemenang perlawanan antara beregu Jepun, Takumi Nomura-Yuichi Shimogami dan satu lagi beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN