fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV yang dikongsikan pengguna @Shalailaaaa di TikTok semalam.

[VIDEO] ‘Alhamdulillah, 2 minit kes tutup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang guru di TikTok mencuri perhatian ramai selepas menceritakan pengalaman mencemaskan pada hari kedua sesi persekolahan apabila seorang kanak-kanak cuba lari dari kawasan sekolah, Selasa lalu.

Menerusi hantaran @Shalailaaaa, guru itu memaklumkan kejadian berlaku dalam tempoh singkat sebelum disedari pihak sekolah, sekali gus mencetuskan situasi kejar-mengejar antara guru dan murid tersebut.

Bagaimanapun, katanya, selepas dua minit murid tersebut dapat dibawa masuk semula ke kelas dalam keadaan selamat.
“Alhamdulillah, dua minit kes tutup,” katanya secara berseloroh di ruang kapsyen semalam.

Aksi mengejar kanak-kanak itu turut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah blok berdekatan tadika tersebut.

Rakaman itu memaparkan guru tersebut mengejar murid di kawasan blok kediaman berhampiran dengan berkaki ayam diikuti seorang tenaga pengajar lain sebelum berjaya ‘menahan’ kanak-kanak tersebut dalam masa dua minit.

“Hari pertama, semuanya (murid) baik-baik. Hari kedua, cikgu semput. Ingat masuk tadika, rupanya larian pagi. Hari kedua sekolah budak lari sampai blok sebelah dan naik tingkat dua. Selipar terbang sebab orang kata lari kaki ayam lagi laju,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega apabila murid itu dapat ‘ditahan’ selain memuji tindakan pantas guru berkenaan.

“Tahniah cikgu. Laju tindakan, walaupun berkain tetap berjaya tahan budak dengan pantas. Inilah ujian guru-guru tadika. Banyak ragam nak sesuaikan mereka dengan suasana sekolah,” kata Ayuni.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman bertugas sebagai guru tadika dan menganggap situasi seperti itu sebagai cabaran dalam mendidik anak-anak kecil.

“Saya pernah kejar budak lari balik rumah dia (tadika dalam taman perumahan). Cikgu lain pula kejar saya, tak bagi saya kejar budak itu sebab saya mengandung. Risau cikgu pula yang terberanak,” kata Ayu Zdin.

“Tadi (semalam) saya baru kejar anak prasekolah, habis dengan cikgu, tukang kebun, pengawal selalu kejar,” kongsi @account_delete20. – KOSMO! ONLINE

@shalailaaaa Day 1 : Yeayyyy anak2 behave 🥰🥳 Day 2 : TCER SEMPUT WOIII 😮‍💨 Ingat masuk tabika… Rupanya masuk acara larian pagi 🏃‍♂️🏃‍♀️ Hari ke-2 sekolah, budak lari sampai blok sebelah + naik tingkat 2 😂 Selipar terbang sebab orang kata lari kaki ayam lagi laju 😭🤣 Alhamdulillah 2 MINIT, KES TUTUP 🤝 #school2026 #tabikakemas #core #ragamanak #fypシ゚viral ♬ original sound – Shalailaaaa 🌸

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN