fbpx
Kamal berang apabila video pertengkaran dengan bekas isteri, Uqasha Senrose tular dalam TikTok sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan orang ramai.

‘Nak buat fitnah pun agak-agaklah, bodohlah macam ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Kamal Adli berang apabila video pertengkaran dengan bekas isteri, Uqasha Senrose yang merupakan rakaman untuk sebuah program televisyen tular dalam TikTok sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan orang ramai.

Menurut Kamal, perkara tersebut bukan sahaja mengundang fitnah bahkan video tular berkenaan telah dipotong oleh individu yang memuat naiknya dalam TikTok.

“Dalam TikTok ada individu muat naik video saya dengan Uqasha bergaduh fasal main futsal.

“Nak buat fitnah pun agak-agaklah.

“Sah-sah itu penggambaran untuk program Astro. Kongsilah klip itu sampai habis,” katanya dalam platform Threads.

Dalam pada itu, dia menyifatkan tindakan memuat naik video tersebut tidak sepatutnya berlaku terutama selepas dia dan Uqasha baru sahaja bercerai talak satu pada 12 Januari lalu.

“Berilah masa dan ruang orang nak tenang.

“Sudahlah pakai nama Kamal Adli (nama akaun) dalam TikTok itu.

“Bodohlah macam ini, minta maaf,” katanya lagi.

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan Kamal dan Uqasha bertengkar di dalam kereta yang difahamkan merupakan sedutan daripada program The House Kamal Uqasha yang disiarkan sekitar Mei 2022.

Dalam video tersebut, mereka dilihat berbalah mengenai Kamal mahu bermain futsal sementara Uqasha pula ingin mengajak makan malam.

Perkongsian tersebut mencetuskan salah faham dalam kalangan netizen yang mula membuat andaian sikap sukar bertoleransi antara mereka merupakan antara sebab perceraian berlaku.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, dilahirkan pada 27 April 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN