JAKARTA – Sebuah kereta pengiring polis di Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial apabila melanggar lari kenderaan lain, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku sekitar pukul 1.15 tengah hari (waktu tempatan) di Tol Tomang, Jakarta kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @jodiepurnawan_ menunjukkan perakam menghentikan kereta sedan jenis Mazda yang dipandu oleh seorang pegawai polis sebelum memintanya untuk keluar.
Polis itu menggunakan pembesar suara untuk memohon maaf tanpa menurunkan tingkap atau keluar daripada kereta.
“Maaf encik. Saya akan berada di hadapan,” kata pegawai itu.
Menurut perakam, pegawai polis tersebut melarikan diri selepas memintanya untuk meletakkan kenderaan di bahu jalan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 9.3 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Minta ganti rugi!” kata seorang netizen. – AGENSI














