fbpx
Nina Suraya menjual dengan harga modal barangan di stesen minyak arwah suaminya di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu semalam.

[VIDEO] Pemilik stesen minyak meninggal, isteri lelong barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di sini, sedih apabila terpaksa me­nutup premis itu selepas kematian suaminya 7 Januari lalu.

Penutupan premis itu tular setelah video memaparkan pekerja warga asing stesen minyak itu menangis setelah dibe­ritahu premis itu akan ditutup, dia telah berkhidmat selama 20 tahun.

Nina Suraya Sulaiman, 37, berkata, dia terpaksa membuat lelongan pelbagai barangan termasuk keluaran produk premis itu sehingga 50 peratus dan jual dengan harga modal bagi menampung kerugian yang dialami.

Menurutnya, dia amat terkilan kerana tidak dapat meneruskan perniagaan di stesen minyak milik arwah suami yang beroperasi di hampir 17 tahun di Jalan Kebun Sultan, di sini.

“Stesen minyak itu mempunyai polisi jika pemilik stesen meninggal, operasi terpaksa dihentikan serta merta.

“Saya rasa sedih, selepas saya kehilangan suami yang meninggal selepas kena jangkitan kuman, premis milik arwah diarah tutup dan penghantar minyak juga dihentikan selepas dua hari suami saya meninggal,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Nina Suraya berkata, dalam keadaan yang masih bersedih dia terpaksa membuat lelongan barangan dengan dibantu oleh 10 pekerjanya.

“Demi kelangsungan hidup, selepas ini saya terpaksa mencari peluang perniagaan untuk menyara lima anak saya yang berusia lebih setahun hingga 14 tahun, semua masih bersekolah,” katanya.

Lelongan barang di premis stesen minyak itu turut membuat lelongan sehingga tular kerana dia membuat siaran langsung di media sosial.

Ujarnya, dia diberi tempoh dua bulan untuk mengosongkan stesen dan barangan yang masih ada dia terpaksa jual menerusi dalam talian dengan dibantu oleh keluarganya.

@ninalongkayaMaafkan i .. i dah cuba usaha buat yg terbaik… 18 tahun u bina…♬ suara asli – Lanira Daily wear

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN