fbpx
Jegan menunjukkan minyak masak bersubsidi yang dikumpulkan di dalam tangki ketika serbuan di sebuah rumah di Pekan Darat hari ini

Jual minyak peket subsidi RM4 sekilogram, untung RM1.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pulau Pinang membongkar kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor pemprosesan dan penyimpanan haram di Jalan Pekan Darat, di sini, hari ini.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah memotong bungkusan minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) sebelum memindahkan kandungannya ke dalam tangki ‘Intermediate Bulk Container’ (IBC), seterusnya dimasukkan ke dalam tong berkapasiti 17 kg untuk dijual kepada restoran sekitar Pulau Pinang.

“Pemeriksaan mendapati rumah itu kelihatan seperti tidak berpenghuni dan berada dalam keadaan gelap tanpa bekalan elektrik. Dalam kediaman terbabit, kita menemui pelbagai peralatan seperti motor pam bersama hos, corong minyak, pisau pemotong serta sejumlah plastik kosong minyak masak paket satu kg yang telah dipotong,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jegan berkata, minyak masak bersubsidi itu diperoleh daripada pemborong dan peruncit setiap dua minggu sebelum dijual semula pada harga RM4 sekilogram, sekali gus memperoleh keuntungan kira-kira RM1.50 bagi setiap kg.

Selain serbuan di rumah terbabit, pihaknya turut menjalankan operasi di dua stor lain sekitar Sungai Bakap dan Butterworth dengan keseluruhan nilai rampasan hampir RM26,000 dengan tiga lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 40-an yang berada di lokasi turut ditahan bagi membantu siasatan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN