fbpx
GAMBAR fail kebakaran hutan di Los Angeles, Januari tahun lalu. - Foto AFP

Dunia rugi RM908 bilion akibat bencana alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Nilai kerugian akibat bencana alam di seluruh dunia merosot dengan ketara kepada AS$224 bilion (RM908 bilion) pada tahun 2025, kata syarikat insurans Jerman, Munich Re semalam.

Angka itu turun hampir 40 peratus berbanding setahun sebelumnya, sebahagiannya kerana tiada taufan yang melanda tanah besar Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali dalam tempoh beberapa tahun.

Munich Re bagaimanapun berkata, gambaran keseluruhan kejadian cuaca ekstrem tetap membimbangkan dari segi banjir, ribut teruk dan kebakaran hutan pada 2025.

Ia melaporkan, bencana paling mahal pada tahun lepas adalah kebakaran hutan di Los Angeles pada Januari, dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak AS$53 bilion (RM215 bilion) dan kerugian yang diinsuranskan kira-kira AS$40 bilion (RM162 bilion).

Syarikat  itu berkata, adalah ketara bahawa banyak kejadian ekstrem pada 2025 berkemungkinan dipengaruhi oleh perubahan iklim dan dunia hanya bernasib baik kerana terhindar daripada kerugian yang lebih tinggi.

“Planet ini sedang ‘sakit’ dan akibatnya, kita menyaksikan kelompok kejadian cuaca yang teruk dan intensif,” kata Ketua Saintis Iklim Munich Re, Tobias Grimm kepada AFP.

Sekitar 17,200 nyawa terkorban akibat bencana alam di seluruh dunia, jauh lebih tinggi daripada kira-kira 11,000 yang meninggal dunia pada 2024, tambah syarikat tersebut.

Ia menyatakan, angka itu masih di bawah purata 10 tahun sebanyak 17,800 orang yang meninggal dunia. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN