fbpx
Mohammed Jasim (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pengarah syarikat warga Bangladesh guna dokumen palsu didenda RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat warga Bangladesh didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pilihan, menggunakan dokumen palsu suatu projek, tiga tahun lalu.

Hakim, Suzana Hussin menjatuhkan hukuman denda itu terhadap tertuduh Mohammed Jasim, 42, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang didakwa ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, bapa kepada lima anak itu dipenjara selama satu tahun.

Mengikut pertuduhan pilihan itu tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu ‘Letter of Award’ bertarikh 1 Julai 2023 bagi projek “Cadangan Tambahan dan Perubahan pada bangunan Kondominium” di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur” di sini.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Penguatkuasa Putrajaya, Jabatan Imigresen Malaysia, Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya, pada 27 September 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon mahkamah mengambil kira fakta kes, iaitu tertuduh telah mengkhianati kepercayaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), dengan menggunakan dokumen palsu bagi projek terbabit.

Bagaimanapun peguam, Farith Emier Farhan Morni merayu anak guamnya diberi denda sahaja tanpa pemenjaraan dengan alasan
tertuduh telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.

“Tertuduh juga mengalami kesukaran untuk bergerak dan membuat kerja berat kerana baru sahaja menjalani pembedahan tulang belakang,” kata peguam itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN