fbpx
Pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM211,650 dirampas PPM di R&R Juru arah Utara, Lebuh Raya Utara - Selatan, semalam.

Lori bawa mercun, bunga api RM200,000 ditahan di R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM211,650 dalam satu operasi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru arah utara, Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini semalam.

Rampasan itu dilakukan pada pukul 2 petang semalam hasil maklumat awam mengenai aktiviti pengedaran mercun dan bunga api tanpa permit yang sah menerusi operasi bersama Unit Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT).

Menurut Pemangku Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Superintendan Fakharuddin Amri Sanusi, pemeriksaan ke atas lori bonded menemukan sejumlah besar kotak mengandungi mercun dan bunga api.

”Seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas gagal mengemukakan lesen atau permit untuk penyimpanan bahan letupan,” katanya hari ini.

Hasil rampasan melibatkan 206 kotak mercun dan bunga api bernilai RM131,650 selain lori lima tan berharga RM80,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan RM211,650. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN