fbpx
Tangkap layar video oleh @Faispeed di laman Threads menunjukkan but kereta sebuah Perodua Alza terbuka di tengah jalan.

[VIDEO] Jangan buat ‘car boot sale’ sambil memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – But sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang sedang bergerak di atas lebuh raya terbuka secara tiba-tiba, sekali gus menyebabkan beberapa barangan jatuh bertaburan di atas jalan.

Kejadian itu dirakam seorang pengguna motosikal yang kemudiannya dikongsikan lelaki tersebut menerusi akaun Thread Faispeed.

Lelaki itu memaklumkan kejadian itu berlaku pagi tadi dan ia kemudian mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Thread yang lain.
“Pak cik, janganlah buat ‘car boot sale’ sambil memandu pak cik.

“Barang dalam Alza pak cik ni jatuh atas ‘highway’ pagi tadi sebelum persimpangan ke Sungai Besi/Uniten menghala ke Kajang. Sekian info trafik,” katanya menerusi kapsyen.

Sementara itu, orang ramai memberikan reaksi bahawa kejadian itu boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna kenderaan yang lain.

“Takkan tak dengar angin kuat tiba-tiba. Alahai,” komen seorang pengguna Thread.

“Besi tu, naya lah orang belakang,” kata individu lain. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN