fbpx
Gambar fail bertarikh 27 Februari 2018 menunjukkan pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan menyaring pelancong yang memasuki AS di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Florida. - AFP

Amerika batalkan lebih 100,000 visa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) membatalkan lebih 100,000 visa sejak Presiden Donald Trump memegang jawatan, rekod tertinggi yang dicatatkan untuk satu tahun, demikian menurut Jabatan Negara semalam.

“Pentadbiran Trump tidak mempunyai keutamaan lebih tinggi berbanding melindungi warga negaranya dan menegakkan kedaulatan Amerika Syarikat,” kata jurucakap Jabatan Negara, Tommy Pigott.

Angka sejak pentadbiran kedua Trump bermula pada 20 Januari 2025 itu  adalah dua setengah kali ganda lebih tinggi daripada jumlah visa yang dibatalkan pada 2024 ketika Joe Biden menjadi Presiden.

Jabatan Negara berkata, beribu-ribu visa telah dibatalkan atas dakwaan jenayah, yang turut termasuk serangan dan memandu dalam keadaan mabuk.

Setiausaha Negara, Marco Rubio turut menekankan mengenai pembatalan visa ke atas pelajar yang menentang Israel.

Rubio menggunakan undang-undang era McCarthy yang membenarkan AS menyekat kemasukan warga asing yang dilihat melanggar dasar luarnya, walaupun beberapa sasaran berprofil tingginya berjaya mencabar perintah pengusiran di mahkamah.

Jabatan Negara berkata, 8,000 daripada visa yang dibatalkan adalah untuk pelajar.

Pentadbiran Trump juga mengetatkan pemeriksaan visa, termasuk beralih kepada penyaringan catatan media sosial pelawat.

Pembatalan visa adalah sebahagian daripada kempen pengusiran beramai-ramai lebih meluas, yang dilaksanakan secara agresif melalui peningkatan ejen persekutuan.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bulan lalu mengatakan bahawa pentadbiran Trump telah mengusir lebih 605,000 orang dengan  2.5 juta individu lain keluar secara sukarela. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI