fbpx
AB RAHAMAN menunjukkan gambar lima suspek pengedaran dadah lebih RM1.45 juta yang ditangkap pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

5 sekawan hidup mewah hasil jual dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kehidupan mewah lima lelaki termasuk ketua sindiket terbongkar apabila mereka rupanya terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, mereka yang berusia antara 43 hingga 53 tahun diberkas pada pukul 4.20 petang di sebuah rumah teres di Bukit Indah, Iskandar Puteri, Jumaat lalu.

Menurutnya, hasil serbuan, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu, MDMA, pil ekstasi serta ganja seberat 21.75 kilogram (kg) bernilai RM1.45 juta.

“Hasil siasatan lanjut mendapati sindiket ini mendapatkan bekalan dadah dari Lembah Klang untuk dipasarkan dalam negara dan dijual ke luar negara. Modus operandi sindiket ini menjadikan rumah teres sebagai tempat menyimpan stok dadah sebelum diedarkan kepada pengguna tempatan dan ke negara jiran.

“Rumah teres satu tingkat merupakan milik salah seorang ahli sindiket dan dihuni oleh suspek pertama iaitu ketua sindiket dan suspek ketiga,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ab Rahaman berkata, polis turut merampas kenderaan milik ahli sindiket antaranya Mercedes Benz, Lexus, Toyota Camry, Honda Civic serta Proton X70.

Jelasnya, turut dirampas ialah wang tunai RM270,150 serta satu bentuk cincin emas dan keseluruhan nilai sitaan RM616,010.

Menurut beliau, hasil semakan rekod lampau turut mendapati empat daripada lima suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah, curi kenderaan, bunuh serta judi.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 10 hingga 16 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN