fbpx
Azam ketika temui pemberita selepas majlis Menandatangani MoU antara SPRM dengan HELP University di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

It has to be big – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bayangkan betapa besarnya ‘masalah’ itu berdasarkan pangkat mereka,”

Demikianlah kata-kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika ditanya seberapa besar kes dakwaan rasuah siasatan berkaitan penyalahgunaan dana Kementerian Pertahanan (Mindef).

Ia selepas beberapa pegawai berjawatan tinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil SPRM sejak kebelakangan ini untuk membantu siasatan.

Azam menyifatkan kes itu berskala sangat besar, kerana melibatkan beberapa jawatan tertinggi dalam agensi berkenaan.

“It has to be big. It is surely big (Kes ini (rasuah) mesti dan pasti besar,” tambah beliau ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan Universiti HELP, di sini hari ini.

Ketika ditanya berapa ramai lagi pegawai yang akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat, Azam berkata pihaknya akan memaklumkan berkaitan perkara itu lusa.

“Lusa saya akan adakan sidang akhbar, dan saya akan maklumkan semua perkembangan mengenai siasatan kes ini,” katanya.

Sebelum ini seorang pegawai kanan Tentera Darat direman tujuh hari bagi menyiasat aspek penerimaan rasuah yang dilakukan secara terancang.

Di Mahkamah Putrajaya, Majistret Ezrene Zakariah membenarkan SPRM menahan reman bekas Panglima TDM selama tujuh hari bermula kelmarin sehingga esok bagi membantu siasatan.

Semalam pula, SPRM selesai merakam percakapan pegawai tertinggi ATM berusia 60-an sebelum beliau dilepaskan kira-kira pukul 5 petang bagi memberi keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI