fbpx
Gambar hiasan.

Gelap mata lepas terima komisyen, akhirnya rugi RM70,935

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang kerani klinik berputih mata selepas wang simpanannya, RM70,935 lesap diperdaya skim pekerjaan sambilan yang tidak wujud.

Wanita berusia 54 tahun tersebut yang menyedari tertipu telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 2.08 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, kerani tersebut menerima kiriman barangan bekas makanan daripada individu tidak dikenali pada 1 Januari lalu.

“Mangsa kemudiannya dihubungi individu tidak dikenali sebelum nombor telefonnya dimasukkan ke kumpulan WhatsApp yang mempunyai 200 ahli.

“Dia seterusnya diberi tugasan untuk like dan share (respon dengan emoji suka dan sebar) hantaran (media sosial) yang diberikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, wanita tersebut pada mulanya ceria apabila menerima komisyen apabila selesai melakukan 20 tugasan.

Beliau berkata, kerani berkenaan semakin ghairah apabila dia ditawarkan komisyen yang lebih lumayam sekiranya membuat bayaran agar statusnya dinaik taraf kononnya peringkat pekerja.

“Mangsa tanpa berfikir panjang, mangsa membuat pembayaran keseluruhan RM70,935 menggunakan simpanan peribadinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN