fbpx
Keluarga mangsa yang hadir di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, petang tadi.

Letupan gas universiti: Mangsa maut disahkan penuntut UTAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 24 tahun yang maut dalam kejadian letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini hari ini disahkan penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTAR, Prof. Dr. Chang Yoong Choon berkata, mangsa merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal yang sedang menjalani latihan industri selama tiga bulan.

“Minggu ini merupakan minggu terakhir dia menjalani latihan industri sebelum menamatkan program,” katanya ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Mengulas mengenai bantuan kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan, beliau berkata, pihaknya menyediakan perlindungan insurans kepada semua pelajar meliputi kemalangan termasuk kecederaan dan kematian.

Katanya, pihak universiti akan menguruskan dokumen berkaitan untuk dikemukakan kepada pihak insurans.

“Pihak pengurusan juga akan memberikan sokongan penuh termasuk berkaitan urusan pengebumian,” ujarnya.

Beliau menegaskan, UTAR komited membantu keluarga mangsa sehingga semua urusan selesai dan menghormati keputusan mereka berhubung pengurusan jenazah.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, seorang lelaki maut ketika menerima rawatan di HKL, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara pada pukul 11.40 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporka. berkata, mangsa yang maut dikenal pasti Soo Yu Juan berusia 24 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI