SEJAK kecil, Muhammad Amin Zulkarnain sering ke hospital untuk menemani bapanya mendapatkan rawatan disebabkan masalah kesihatan. Perkara tersebut menyebabkan pemuda berusia 19 tahun itu mula jatuh cinta dengan bidang kesihatan. “Ketika kecil, saya boleh dikatakan membesar di hospital. “Bapa saya ada masalah kesihatan, jadi saya kerap mengikutnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. “Apabila berada di hospital, saya selalu melihat suasana kerja di sana, dan merasakan bidang kesihatan sangat menarik. Ketika itulah, saya mula menanam impian untuk membina kerjaya dalam bidang……














