fbpx
Anggota polis mengiringi tertuduh (dua dari kanan) bagi pertuduhan memiliki bahan letupan di Mahkamah Sesyen Kulim, hari ini.

Pekerja khidmat pelanggan mengaku tidak bersalah miliki bahan letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang pekerja khidmat pelanggan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan letupan, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Kamalraaj C. Solamalai, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Jamaliah Abd. Manap.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki bahan letupan tanpa tujuan yang sah di sisi undang-undang di Jalan Paya Besar, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 20 Oktober tahun lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Lushani, manakala tertuduh diwakili peguam, S. Parameswaran.

Parameswaran dalam rayuannya memohon anak guamnya tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur dikenakan jaminan rendah memandangkan dia perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta seorang anak berusia tujuh tahun dengan pendapatan RM2,800 sebulan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM4,200 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 22 Februari depan. Tertuduh membayar jaminan dikenakan.

Kosmo! pada 21 Oktober tahun lalu melaporkan keterujaan orang ramai menyaksikan persembahan bunga api sempena sambutan Deepavali bertukar cemas apabila 22 orang cedera selepas terkena serpihan mercun yang meletup di Jalan Paya Besar, di sini.

Susulan itu, dua suspek direman dan polis memaklumkan salah seorang daripada mereka dipercayai dalam keadaan mabuk memasukkan mercun jenis kelapa ke dalam bekas silinder dikatakan secara terbalik sebelum meletup di bawah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI