fbpx
Seorang lelaki berjalan melepasi grafiti yang menuntut pembebasan Maduro di Caracas semalam. - AFP

Rakyat AS digesa segera tinggalkan Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya untuk segera meninggalkan Venezuela di tengah-tengah laporan bahawa pasukan separa tentera bersenjata sedang cuba mengesan rakyat negara itu, seminggu selepas penangkapan Presiden Nicolas Maduro, lapor akhbar The Guardian.

Dalam amaran keselamatan yang dihantar semalam, Jabatan Negara AS berkata, terdapat laporan tentang anggota bersenjata militia pro rejim yang dikenali sebagai Colectivo.

Mereka membuat sekatan jalan raya dan menggeledah kenderaan untuk mencari penumpang rakyat AS atau penyokong negara itu.

“Rakyat AS di Venezuela harus tetap waspada dan berhati-hati ketika melakukan perjalanan melalui jalan darat,” kata amaran itu sambil menggesa warganya untuk segera berlepas memandangkan beberapa penerbangan antarabangsa dari Venezuela dijadualkan semula.

Bercakap kepada akhbar New York Times minggu lalu, Presiden AS, Donald Trump berkata, beliau ingin melawat Venezuela pada masa akan datang selepas mendakwa Washington ‘mentadbir’ negara Amerika Selatan itu setelah penyingkiran Maduro.

“Saya berpendapat pada satu ketika nanti ia akan selamat,” kata Trump.

Namun, amaran Jabatan Negara mendedahkan keadaan tidak menentu di Caracas selepas serbuan pasukan khas AS hujung minggu lalu, yang mana ramai orang terbunuh.

Walaupun ramai penentang rejim Maduro dari Venezuela telah meraikan penangkapannya oleh AS, penyokong kerajaan turun ke jalanan untuk mengecam tindakan Washington yang disifatkan sebagai tindakan pencerobohan imperialis.

Wartawan dan aktivis di Caracas melihat ahli kumpulan yang membawa senapang berkeliaran di Caracas dengan menaiki motosikal dan menubuhkan pusat pemeriksaan di sekitar bandar. 

Jalan raya yang menghubungkan Caracas ke sempadan baratnya turut dikawal dengan berpuluh-puluh pusat pemeriksaan tentera dan polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN