fbpx
Andy memilih pakaian sekolah untuk anaknya ketika tinjuan di sebuah kedai di Shah Alam semalam.

Sara jadi ‘penyelamat’ saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Golongan ibu bapa memanfaatkan sepenuhnya bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) bulanan bagi membeli kelengkapan persekolahan anak mereka pada saat akhir.

Sumbangan bantuan itu dianggap rezeki tambahan mereka untuk melengkapkan persiapan anak-anak bagi sesi persekolahan sesi 2026 yang akan bermula hari ini dan esok.

Bantuan Sara diberikan sehingga RM200 secara bulanan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin telah dikreditkan seawal 9 Januari lalu.

Tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa kedai pakaian di sekitar daerah ini dan Shah Alam meriah dengan kunjungan penerima bantuan itu yang membeli uniform, kasut, beg dan alat tulis.

Seorang pekerja kilang, Andy Mus Matta, 45, berkata, keperluan sekolah dua anaknya hampir RM300 dan ia agak membebankan bagi keluarga berpendapatan rendah.
“Namun, saya bersyukur masih menerima bantuan bulanan RM100, sekali gus membantu menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

“Inisiatif kerajaan itu tepat pada masanya menjelang sesi baharu persekolahan bermula Isnin (esok) ini,” katanya.

Bagi seorang kakitangan swasta, Shahrain Azis, 37, bantuan Sara membantu ibu bapa yang membuat persiapan akhir persekolahan anak.

“Saya sebelum ini tidak sempat membeli kelengkapan sekolah tiga anak lebih awal kerana mengalami masalah kesihatan.

“Kini, saya dan isteri gembira dapat memanfaatkan bantuan kerajaan itu sebaik mungkin selain membeli barangan keperluan asas lain,” ujarnya.

Tambahnya, inisiatif itu juga mampu mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat terutama keluarga menetap di bandar.

Seorang pengawal keselamatan, Ibrahim Isa, 45, berkata, dia sangat bersyukur kerana bantuan yang diterima masuk tepat pada masanya.

“Walaupun orang nampak kecil tetapi besar bagi saya, saya perlu membeli kelengkapan sekolah dua anak termasuk buku dan kasut sekolah.

“Bila anak hendak mula sekolah perlu banyak belanja, ada buku aktiviti, buku tulis dan ka­sut sekolah memang kena beli tiap tahun,” ujarnya.

Bantuan Sara bulanan itu melibatkan lima juta pengguna, terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan, manakala 3.1 juta lagi individu bujang pula pada 16 Januari ini

Untuk rekod, seramai 8.1 juta rakyat menerima Sara bulanan itu dengan peruntukan berjumlah RM80 bilion tahun ini berbanding 5.4 juta penerima tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN