fbpx
Tangkap layar memaparkan penghantar makanan menolak pemberian upah.

[VIDEO] ’Ingatkan bergaduh, rupanya tidak mahu ambil upah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan berbangsa India yang membantu menukar tayar kereta seorang pemandu tanpa mengharapkan upah mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video kamera papan pemuka (dashcam) di Threads oleh @hdiffff_, kelihatan penghantar makanan tersebut bersungguh-sungguh menolak pemberian upah yang ingin diberikan oleh pemandu tersebut.

“Pagi tadi tengah memandu ada pak cik Cina tegur tayar bocor, berhenti tepi dan ada seorang penghantar makanan bangsa India berhenti tolong tukarkan tayar sekali. Nak bagi upah tetapi punyalah dia tolak sampai macam tu sekali,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi dari pengguna media sosial yang rata-ratanya memuji sikap perpaduan dan sanggup menolong tanpa mengharapkan balasan.

“Inilah orang dan budaya Malaysia sebenar. Hormat satu sama lain tidak kira bangsa dan agama,” komen Juanduanz.

“Tanpa kira bangsa, bahasa atau budaya, kita semua boleh jadi baik macam manusia biasa. Belajar hidup dengan rasa empati dan hormat satu sama lain,” kata Marcus Spurs.

“Ingatkan bergaduh tadi, rupanya sebab tidak mahu ambil upah. Bagusnya abang ni,” komen Aries. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN