fbpx

Anker Innovations Pamer Barisan Peranti Pengecas, Rumah Pintar dan Hiburan Ikonik Semasa CES 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BELLEVUE, Washington, 9 Januari 2026 /PRNewswire/ — Anker Innovations, iaitu peneraju bertaraf global bagi teknologi pengguna memperkenalkan koleksi produk generasi akan datang yang terkini semasa berlangsungnya CES 2026. Jenama-jenama yang dipaparkan di pameran produk ini termasuk Anker, eufy dan juga soundcore.

Produk-produk utama yang dipamerkan buat julung kalinya di CES 2026 termasuk:

  • Anker Nano Charger (45W, Paparan Pintar, Palam Boleh Dilipat 180°)
  • Anker Prime Wireless Charging Station (3-dalam-1, MagGo, AirCool, Palam Boleh Dilipat)
  • Anker Nano Power Strip (10-dalam-1, 70W, Clamp)
  • Anker Nano Docking Station (13-dalam-1, Paparan Ganda Tiga, Hab Boleh Tanggal Terbina-Dalam)
  • Anker SOLIX E10
  • eufy Bottle Washer S1 Pro
  • eufy Robot Vacuum Omni S2
  • eufy Video Doorbell S4
  • eufy Solar Wall Light Cam S4
  • eufy Smart Lock E40
  • Soundcore Aerofit 2 Pro
  • Soundcore Sleep A30 Special
  • Soundcore Boom Go 3i
  • Soundcore Nebula P1i
  • Soundcore Nebula X1 Pro

Selain barisan produk yang menarik ini, Anker Innovations dengan bangganya berkongsi bahawa beberapa produk unggulannya telahpun diiktiraf sebagai Penerima Anugerah dalam program Innovation Awards CES 2026. Produk-produk yang menerima anugerah termasuk Anker Prime Charger (160W, 3 Port, Paparan Pintar), ANKER SOLIX C1000 Gen 2, eufy Robot Vacuum Omni S2 dan soundcore AeroFit 2 Pro.

Anker

Anker memperkenalkan portfolio produk pengecas generasi akan datang di CES 2026 yang membawakan pengecaman, kelajuan dan kecekapan peranti yang lebih pintar dan dalam masa yang sama memperkenalkan ciri-ciri inovatif seperti antara muka visual lebih pintar, prestasi tanpa wayar Qi2 25W lebih pantas, AnkerSense™ View dan teknologi ActiveShield™ 5.0. Mendahului portfolio pengecasan ini ialah pengecas paparan pintar – Anker Nano Charger (45W, Paparan Pintar, Palam Boleh Dilipat 180°) yang mengecam model-model iPhone* dalam beberapa saat untuk memberikan pengecasan tersuai. Menggabungkan pengecasan pantas 45W ke dalam reka bentuk kompak yang 47% lebih kecil berbanding pengecas 30W asal namun memberikan output 50% lebih banyak, ia membawakan Mod Penjagaan Diperakui-TÜV yang mengurangkan suhu bateri telefon sebanyak 9°F berbanding pengecas 45W lain semasa mengecas, seterusnya melindungi kesihatan bateri**. Paparan interaktif dengan maklum balas visual yang menjadikan pengecasan intuitif dan menarik, seperti kuasa dan suhu pengecasan masa nyata. Tersedia pada akhir Januari 2026 melalui anker.com, MSRP: $39.99.

Anker terus berinovasi bagi pengecasan mudah alih dengan Anker Prime Wireless Charging Station (3-dalam-1, MagGo, AirCool, Palam Boleh Dilipat) bersaiz tapak tangan yang memberikan pengecasan tanpa wayar berkelajuan tinggi Qi2 25W untuk iPhone dalam reka bentuk boleh lipat 3-dalam-1 ultra-kompak. Sistem pendinginan Airflow memastikan pengecasan yang stabil dan cekap untuk pelbagai peranti. Tersedia pada Suku Pertama 2026 melalui anker.com, MSRP: $149.99. Direka untuk ruang kerja semua-dalam-satu, Anker Nano Power Strip (10-dalam-1, 70W, Jimat ruang, klip di meja) memastikan meja teratur dan tidak berselerak, memberikan kuasa maksimum 70W daripada mana-mana port USB-C tunggal dan memberikan perlindungan lonjakan 1500J yang andal. Tersedia pada pertengahan April 2026 melalui anker.com, MSRP: $69.99.

Selain itu, ia turut memperkenalkan Anker Nano Docking Station (13-dalam-1, Paparan Ganda Tiga, Hab Boleh Tanggal Terbina-Dalam), stesen dok pertama kami dengan hab boleh tanggal 6-dalam-1 terbina-dalam, memberikan sokongan paparan ganda tiga dengan resolusi sehingga 4K pada paparan tunggal, pengecasan huluan sehingga 100W dan pemindahan data 10 Gbps untuk produktiviti ruang kerja. Kini tersedia melalui anker.com, MSRP: $149.99.

Anker SOLIX

Anker SOLIX Anker SOLIX memberikan wajah pertama Anker SOLIX E10, Penyelesaian Sandaran Seluruh-Rumah Hibrid Pintar Pertama di Dunia. Walaupun reka bentuk inovatif sistem ini dipamerkan di CES 2026, spesifikasi dan ciri teknikal penuh akan didedahkan semasa acara pelancaran digital khusus yang berlangsung pada hari Isnin, 12 Januari 2026, jam 10 pagi PT. Untuk mendaftar dan menonton acara berkenaan, sila daftar di sini: https://www.ankersolix.com/e10-whole-home-backup-solution

eufy Mom & Baby

Bottle Washer S1 Pro baharu eufy ialah pencuci atas meja berkapasiti besar yang menyediakan fungsi disinfeksi 360° automatik sepenuhnya untuk botol dan aksesori. Memuatkan 8 set botol penuh, semburan tekanan tinggi tiga lapisan 3D HydroBlast™ mencairkan sisa susu degil manakala teknologi TurboDry™ menawarkan pengeringan pantas selama 40 minit, menyingkirkan kelembapan dengan cepat bagi mencegah pertumbuhan bakteria. Prapesanan bermula pada 6 Januari melalui eufy.com dengan diskaun eksklusif. Dilancarkan secara rasmi pada 9 Februari melalui eufy.com dan Amazon. MSRP: $469.99 eufy Clean Robot Vacuum Omni S2 tersedia secara rasminya yang membawakan teknologi mengemop HydroJet™ eufy dan sedutan 30kPa AeroTurbo™️ yang tahan lama. S2 memperkenalkan CleanMind™ AI eufy yang dapat mengecam jenis lantai dan reka letak bilik serta melaraskan mod pembersihan, sedutan, daya gosokan dan tinggi roda secara automatik untuk pembersihan tersuai yang terbaik. S2 baharu menghasilkan asid hipoklorus dan larutan air ozon terus di dalam tangki air yang mencapai pengurangan kuman sehingga 99.99%. Tambahan pula, dengan penyegar udara terbina-dalam pertama di dunia dalam vakum robot, tiga aroma yang boleh ditukar ganti mengeluarkan wangian segar untuk pengalaman aromaterapi rumah yang menyeluruh. Prajualan bermula pada 6 Januari, dengan pelancaran runcit penuh pada 20 Januari 2026 dengan harga $1599.99 melalui eufy.com dan Amazon.

eufy Security

eufy juga akan mempamerkan beberapa peranti keselamatan baharu di CES 2026 yang didahului oleh Video Doorbell S4 baharu. Peranti ini menggunakan teknologi eufy OmniTrack™ untuk mengesan dan menjejaki orang dengan tepat, melaraskan zum secara automatik untuk memastikan kurier atau pelawat berada dalam bingkai semasa mereka mendekati ambang pintu. S4 membawakan medan pandangan mendatar dan menegak 180° bagi memberikan pengawasan panoramik daripada satu faktor bentuk yang rapi. Kamera resolusi 3K loceng pintu video ini memperkasakan pemantauan yang amat jelas dari jarak sehingga 26 kaki. Peranti ini dijadualkan akan dilancarkan kemudian pada Suku Pertama melalui eufy.com dengan harga $279.99.

Di samping itu, eufy turut memperkenalkan Solar Wall Light Cam S4. Peranti ini merangkum penglihatan malam berwarna 4K dan kanta F1.6 untuk pengimejan yang amat jelas, walaupun dalam persekitaran bercahaya malap. Kamera bersepadu ini boleh dilaraskan secara menegak sehingga 45° untuk membantu menghapuskan titik buta. Wall Light Cam dilengkapi dengan panel solar 2W boleh tanggal, serta bateri 10,000 mAh untuk pemasangan yang fleksibel dan kuasa tanpa henti. Ia juga menyokong pelbagai mod pencahayaan, termasuk pencahayaan harian, pencahayaan keselamatan dan pencahayaan perayaan yang direka untuk disesuaikan dengan senario yang berbeza. Produk ini dijadualkan akan dilancarkan pada Suku Pertama melalui eufy.com dengan harga $199.99.

eufy juga akan memperkenalkan Smart Lock E40 yang dikuasakan oleh pengecaman wajah 3D canggih yang membolehkan pengguna membuka kunci pintu dengan imbasan wajah secara pantas dan tepat yang diprogramkan terlebih dahulu, lalu memberikan pengalaman masuk yang lancar, tanpa sentuhan dan tanpa perlu menunggu. E40 juga direka dengan Kamera HD 2K dengan pandangan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki untuk liputan sudut lebar serta keupayaan penglihatan malam yang jelas. E40 menyertakan bateri utama 15,000 mAh, serta bateri sandaran 800 mAh untuk kuasa yang lancar dan diberi penarafan IP65 untuk perlindungan kalis air. Kunci pintar video ini menyokong Matter, Apple Home, Amazon Alexa, Google Home Assistant dan Samsung Smart Things. Smart Lock E4 dijadualkan akan dilancarkan pada Suku Pertama melalui Home Depot, dalam talian dan juga di kedai, dengan harga runcit $299.99.

Soundcore

Soundcore melancarkan AeroFit 2 Pro, iaitu fon putik dwibentuk pertama di dunia yang mengupayakan pendengaran luar telinga dan juga pembatalan hingar aktif dalam satu reka bentuk. Direka khususnya sekitar faktor bentuk luar telinga, fon putik ini menyokong penggunaan berpanjangan dalam situasi apabila kekal peka menjadi amat penting dan dalam masa yang sama tetap menawarkan pembatalan hingar aktif dalam persekitaran yang bising. AeroFit 2 Pro akan tersedia melalui soundcore.com bermula pada 6 Januari 2026 dengan harga $179.99.

Soundcore turut melancarkan Sleep A30 Special yang membawakan sistem pengurangan hingar ganda tiga yang menggabungkan pembatalan hingar aktif, pengasingan pasif dan teknologi pelitup dengkur adaptif bagi mengurangkan gangguan tidur merentas pelbagai julat frekuensi. Berkolaborasi dengan Calm, fon putik ini menyokong kisah tidur Calm terpilih secara percuma terus melalui aplikasi Soundcore. Sleep A30 Special akan tersedia untuk prapesanan di soundcore.com bermula pada 6 Januari 2026 yang berharga $199.99, dengan pilihan warna-warna baharu serta hayat bateri yang lebih panjang.

Soundcore memperkenalkan Boom Go 3i, pembesar suara mudah alih bersaiz tapak tangan yang memberikan bunyi 15W dengan hayat bateri sehingga 22 jam, perlindungan IP68 untuk kegunaan luar dan sistem pemaut lekap dwimod untuk pelbagai senario. Pembesar suara ini dijadualkan akan dilancarkan antara awal Februari dan pertengahan Mac 2026, dengan harga $79.99.

Di samping itu, Soundcore akan mempamerkan projektor mudah alih Nebula P1i yang membawakan reka bentuk flip-buka dengan pembesar suara boleh laras, resolusi 1080p dan sokongan Netflix dan Google TV rasmi. P1i dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2026, dengan harga $369.

Akhir sekali, dilancarkan sebelum ini melalui Kickstarter, Soundcore akan mempamerkan Nebula X1 Pro. Stesen teater mudah alih semua-dalam-satu ini menggabungkan projektor laser ganda-tiga 4K 3,500 ANSI-lumen, sistem bunyi 7.1.4 tanpa wayar yang diperakui oleh Dolby Atmos, dwimikrofon tanpa wayar dan persediaan automatik dengan penyesuaian ruang AI dan berharga $4,999.

Berkas yang merangkum skrin boleh kembung 200-inci dan didatangkan dengan pam tanpa wayar yang mengembung dalam masa kira-kira lima minit dan tidak seperti skrin boleh kembung yang lain, tidak memerlukan sumber udara yang berterusan, lalu menjadikannya senyap semasa tontonan. Berkas ini dirancang untuk diperkenalkan pada Musim Bunga 2026 dengan harga $6,998.

Latar Belakang Anker Innovations

Anker Innovations ialah peneraju bertaraf global bagi teknologi pengecasan dan storan tenaga rumah serta pembangun bagi produk elektronik pengguna unik yang menyokong audio premium, hiburan mudah alih dan juga ruang rumah pintar baru muncul. Inovasi ini didahului oleh tiga jenama utamanya: Anker, eufy dan Soundcore. Maklumat lanjut mengenai Anker Innovations dan pelbagai jenamanya boleh ditemui di anker.com.

*Mengecam siri iPhone 17 / 16 / 15; 11" iPad Pro (2024 / 2023 / 2021 / 2020), 12.9" iPad Pro (2022 / 2021 / 2020), 13" iPad Pro (2024). 

**Suhu bateri memberi kesan kepada hayat bateri. Semasa mengecas dalam Mod Penjagaan Anker, suhu pengecas kekal 36°F lebih sejuk berbanding standard antarabangsa dan suhu bateri telefon beroperasi 9°F lebih sejuk berbanding pengecas 45W yang lain. (Data daripada makmal Anker: Suhu bateri telefon dalaman maksimum semasa pengecasan dari kapasiti 0% hingga 100% pada suhu ambien 77°F.)

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4857154_MS57154_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI