fbpx

Kembar tiga teruja sambung belajar di KPTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFIFAH (kiri sekali) , Arifah (dua dari kanan) dan Afiqah menunjukkan surat tawaran belajar di KPTM Bangi yang disampaikan oleh Saifulkahar hari ini.

KLANG- Tiga kembar tidak seiras tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja apabila diterima melanjutkan pelajaran di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) kampus Bangi di sini.

Mereka adalah Nur Afiqah yang merupakan kakak sulung daripada tiga beradik itu yang menyambung pengajian dalam Diploma Keusahawanan manakala
Nur Afifah Sarbani dan Nur Arifah dalam bidang Diploma Perakaunan. Ketiga-tiga mereka berusia 18 tahun.

Menurut Nur Arifah, mereka tidak pernah berpisah sebelum ini dengan memasuki sekolah yang sama dan terakhir adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah di sini.

“Rasa syukur kerana risau juga akan ‘berpisah’ dan tidak diterima memasuki KPTM.

“Kami mendapat tahu tawaran kemasukan itu melalui e-mel daripada pihak KPTM pada 9 Jun lalu,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Sri Andalas di sini hari ini.

Terdahulu mereka menerima surat tawaran daripada Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan KPTM Bangi, Saifulkahar Shariff.

Menceritakan lebih lanjut, Nur Arifah memberitahu dia bersama dua kakaknya mengikuti kelas pembelajaran secara talian susulan pandemik Covid-19.

Katanya, teknik pembelajaran tersebut dianggap satu pengalaman baharu apabila berkomunikasi bersama pensyarah dan rakan sekelas secara dalam talian.

“Agak sukar juga belajar kerana ada masa sidang video sesi kelas kami dengan pensyarah terputus sekali-sekala dan menyebabkan kami terlepas fakta yang disampaikan oleh pensyarah.

“Namun, semua itu dianggap sebagai cabaran kerana telah memilih kaedah ini berbanding bersemuka,” katanya.

Sementara itu, Saifulkahar Shariff menegaskan kemasukan kembar tiga ini merupakan satu sejarah baharu bagi KPTM Bangi sejak beroperasi pada tahun 1991.

“Dua daripada kembar ini mendapat insentif Manfaat Ahli Keluarga, iaitu pemberian diskaun yuran pengajian semester pertama sebanyak 10 peratus,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI