fbpx
Asyraf Wajdi

‘Jiwa kena besar, hati kena kental’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Jiwa kena besar, hati kena kental,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi hantaran di media sosial berkata, pihak yang mengkritik perlu juga bersedia untuk dikritik.

Katanya, Imam Syafie Rahimahullah mengajar prinsip berlapang dada dalam menerima pandangan berbeza selain tidak semua pendapat yang dikemukakan sentiasa betul dan tidak semestinya pendapat orang lain adalah salah.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas kenyataan tersebut ditujukan kepada siapa.

Rata-rata netizen mengaitkan kenyataan itu dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau tersebut memberi bayangan seolah-olah mahu berundur.

Ia ekoran desakan beliau yang mahu UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan mewujudkan kembali Muafakat Nasional ditolak pimpinan tertinggi parti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI