fbpx
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan perintah reman oleh SPRM hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Bekas pegawai tinggi Tentera Darat, dua isteri direman rasuah tender perolehan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas pegawai tinggi Tentera Darat selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penerimaan rasuah melibatkan projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia.

Turut direman ialah dua individu yang merupakan isteri pertama dan kedua masing-masing selama tiga dan enam hari.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 14 Januari terhadap bekas pegawai tinggi itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pagi tadi.
Sementara itu, perintah reman terhadap isteri pertama selama tiga hari sehingga 10 Januari dan isteri kedua selama enam hari sehingga 13 Januari turut dikeluarkan oleh Majistret yang sama selepas permohonan dibuat di mahkamah berkenaan.

Dalam hujahan di mahkamah, pegawai penyiasat SPRM memohon perintah reman terhadap suspek utama bagi tempoh tujuh hari atas alasan siasatan melibatkan dakwaan penerimaan wang rasuah secara terancang yang dipercayai melibatkan rangkaian rasuah lebih luas serta kemungkinan penglibatan beberapa pegawai lain.

Selain itu, permohonan reman turut dibuat bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti dan merujuk sejumlah besar dokumen berkaitan perolehan, mengesan individu-individu lain yang dipercayai terlibat, mengesan aset serta proksi yang disyaki digunakan.

Ia juga bagi menghalang sebarang kemungkinan suspek menghubungi saksi-saksi lain atau mengganggu serta memusnahkan bahan bukti yang masih belum diperoleh sepenuhnya.

Menurut SPRM, kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 50-an telah ditahan kira-kira pukup 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.

Beliau turut memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI