fbpx
Seong Liong (tengah), Samson Maman (empat dari kanan) dan Irmohizam (tiga dari kanan) mencapai kata sepakat pada sesi dialog Council JP Selangor di Shah Alam.

Bergambar dengan VIP jadi modal cari makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga badan kehormat utama negara mencapai kata sepakat memperkukuh kerjasama strategik bagi membanteras penyalahgunaan gelaran palsu serta mempertahankan integriti dan kepercayaan awam.

Kesepakatan itu dicapai menerusi sesi dialog bersama julung kali melibatkan Council of Justice of Peace (JP) Selangor, Majlis Datuk Dato’ Malaysia (MDDM) dan Majlis Datuk Persekutuan Malaysia bagi tahun 2026.

Menurut kenyataan bersama, ketiga-tiga majlis itu memandang serius peningkatan kes individu mendakwa memiliki gelaran kehormat seperti Datuk, Datuk Seri, JP malah Tan Sri tanpa kurniaan sah.
Katanya, majlis turut bersetuju bekerjasama bagi memperketatkan pengesahan gelaran, menangani penipuan dan salah representasi, serta meningkatkan kesedaran awam dengan kerjasama pihak berkuasa dan masyarakat sivil.

“Trend ini semakin membimbangkan apabila ada pihak yang sengaja bergambar bersama tokoh kenamaan (VIP) termasuk Yang di-Pertuan Agong, raja-raja, pemimpin kerajaan dan tokoh awam, sebelum memuat naik gambar di media sosial bagi mewujudkan persepsi seolah-olah mereka mempunyai pengiktirafan atau kuasa rasmi.

“Taktik sedemikian sering digunakan untuk mengelirukan orang awam, menipu pelabur dan untuk memperoleh kepercayaan bagi tujuan peribadi atau kewangan.

“Lebih membimbangkan, terdapat kes melibatkan penggunaan lampu strob biru pada kenderaan, pemakaian uniform dan lambang palsu, serta paparan gelaran tidak diiktiraf pada kad nama, dokumen syarikat dan latar acara rasmi,” menurut kenyataan itu hari ini.

Tegasnya, gambar bersama tokoh awam tidak membawa sebarang bentuk pengesahan, manakala penyamaran sebagai pihak penguat kuasa atau kuasa berkaitan diraja merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang

Sesi bersejarah itu dipengerusikan Presiden JP Selangor, Datuk Ng Seong Liong, dengan penyertaan Presiden MDDM, Datuk Samson David Maman serta Naib Presiden MDPM, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.Turut hadir wakil Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, selain ahli jawatankuasa ketiga-tiga majlis.

Sementara itu, Michael Chong berkata, isu gelaran palsu ditanganinya sejak tahun 2000, namun masih berlarutan, manakala Samson Maman pula mendedahkan lebih 36 laporan polis dibuat sejak 2023 berkaitan penyalahgunaan gelaran kehormat.

Ujarnya, orang ramai digesa membuat semakan melalui saluran sah dan melaporkan sebarang penyalahgunaan kepada pihak berkuasa berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI