fbpx
Pil disyaki dadah jenis pil Yaba dan wang tunai milik suspek yang dirampas di Felda Jerangau, Dungun semalam.

Buruh ditahan ketika berdiri tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang buruh berusia 38 tahun diberkas selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah susulan penemuan pil yaba di Felda Jerangau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, anggota polis yang melakukan rondaan terserempak dengan lelaki itu yang berdiri di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan menemukan dua peket plastik biru dan tiub straw mengandungi pil yaba bernilai RM3,875.25. Turut dirampas wang RM538,” katanya di sini hari ini.

Maizura berkata, ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI