fbpx

Pemenang Anugerah Inovasi Terbaik CES 2026, Strutt ev¹ Dilancarkan, Mencipta Kategori Baharu Kenderaan Pintar untuk Kegunaan Harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAS VEGAS, 6 Januari 2026 /PRNewswire/ — Strutt, sebuah syarikat robotik yang diperbadankan di Singapura, mengumumkan secara rasminya pada hari ini pelancaran Strutt ev¹, iaitu kenderaan harian pintar yang pertama seumpamanya di Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2026. Direka untuk menerobos batasan penyelesaian mobiliti tradisional, ev¹ ini mentakrifkan semula kategori mobiliti peribadi dengan menggabungkan teknologi automotif dengan reka bentuk berpusatkan manusia bagi memberikan kebebasan yang lebih besar, keyakinan dan pengalaman harian yang lebih menggembirakan.

Strutt ev¹ menembusi pasaran dengan pengiktirafan industri yang ketara setelah menerima Red Dot: Luminary Award 2025 dan CES Best of Innovation Award 2026 dalam kategori Teknologi Kenderaan dan Mobiliti Termaju. Dengan mengintegrasikan Sistem evSense dan Sistem Quad-Drive proprietari daripada Strutt, ev¹ ini mencapai penyatuan manusia-kenderaan sebagaimana yang ditakrifkan oleh syarikat ini, iaitu suatu keharmonian lancar yang melaluinya kenderaan dapat menjangkakan dan bertindak balas kepada hasrat pengguna dengan cara yang intuitif dan sejadi.

Visi: Mobiliti Lancar

ev¹ ini menangani tiga cabaran yang berulang-ulang dalam mikromobiliti moden: kebolehcapaian yang terhad, tekanan dalam menempuh persekitaran yang sempit atau sesak serta stigma sosial yang dikaitkan dengan peranti mobiliti peribadi lazim.

Bagi Tony Hong, Ketua Pegawai Eksekutif Strutt, misi ini bersifat peribadi. Nendanya, sebagaimana kebanyakan warga emas di seluruh Eropah dan A.S., bertukar daripada basikal kepada basikal roda tiga apabila kekuatannya menurun. Keselamatan nendanya menjadi kebimbangan keluarga yang berterusan, namun alat bantuan mobiliti tradisional kekurangan reka bentuk yang difikirkan dengan teliti dan kecerdasan intuitif yang diharapkan oleh nendanya. Percanggahan yang wujud ini mengetengahkan keperluan yang belum dipenuhi: penyelesaian mobiliti memperkasakan kehidupan seharian dengan martabat yang tidak ada kompromi.

"Strutt ev¹ bukanlah peranti mobiliti konvensional; ia merupakan kenderaan harian pintar yang direka untuk memperluas dunia insan," kata Tony. "Matlamat kami ialah penyatuan manusia-kenderaan, pergerakan yang terasa boleh diramal, responsif dan intuitif, lalu membolehkan teknologi berfungsi di belakang tabir agar pengguna boleh memberi tumpuan pada kehidupan."

Dengan kenderaan elektrik yang mencapai tahap kecanggihan baharu dan kemajuan pesat dalam bidang robotik dan AI, Strutt menyatukan sepasukan jurutera dan pereka yang terkemuka bagi mengubah penemuan ini menjadi suatu kenyataan. Hasilnya ialah produk pertamanya: Strutt ev¹.

Kecerdasan: Penglihatan 360° evSense

Aspek teras ev¹ ini ialah Sistem evSense, iaitu seni bina penderia komprehensif yang memberikan kesedaran persekitaran 360-darjah sebenar melalui lakuran penderia berprestasi tinggi. Ini termasuk LiDAR untuk pemetaan titik-awan, kamera untuk pemahaman semantik dan gabungan antara penderia masa terbang dan ultrasonik.

Kecerdasan ini membekalkan kuasa untuk mod Co-Pilot dan Co-Pilot+ yang meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan dengan melancarkan input pengguna, menggunakan brek proaktif serta terus-menerus melaraskan tingkah laku kenderaan bagi mengurangkan kebimbangan perlanggaran.

ev¹ ini turut memperkenalkan keupayaan Auto-Pilot termaju. Pathfinder membolehkan pengguna mengenal pasti destinasi secara langsung pada peta atas-skrin dan kemudiannya sistem menghitung dan mengemudi laluan ke titik tersebut. Waypoints melanjutkan pengalaman ini dengan pustaka lokasi yang disimpan dan dinamakan, digandingkan dengan Model Bahasa Besar (LLM) berasaskan awan yang memahami bahasa tabii dan hasrat perbualan untuk memilih titik laluan yang sesuai dan membimbing pengemudian dengan sewajarnya, sebagai contoh, "Saya mahu susu," yang mengarahkan pengguna ke peti sejuk.

ev-Pilot ialah set ciri autonomi tanpa penunggang ev¹ yang membolehkan kenderaan melaksanakan tugas-tugas terpilih tanpa sesiapa pun duduk di atasnya. Satu contohnya ialah Follow Mode (Mod Ikut) yang mana ev¹ mengikut pemiliknya secara autonomi supaya ia boleh kekal bersama mereka semasa berjalan kaki yang singkat atau peralihan. Lebih banyak ciri ev-Pilot akan diperkenalkan dengan kemas kini melalui-udara (OTA) apabila ia disahkan dan dikeluarkan.

Seni Bina: Prestasi Quad-Drive

Bagi memadankan kecerdasannya dengan keupayaan fizikal, Strutt merekayasa sistem Quad-Drive, iaitu seni bina pacuan-aktif empat-roda proprietari yang direka untuk mobiliti dunia nyata yang tepat. Aspek terasnya ialah sistem kemudi aktif termaju yang berasal daripada seni bina kemudi-aktif automotif yang mengupayakan penjejakan laluan dan kawalan kenderaan yang luar biasa tepat. Pendekatan ini membolehkan ev¹ bertindak balas dengan lancar terhadap pergerakan pengguna dan perubahan persekitaran, seterusnya memberikan salah satu pengalaman olah gerak yang paling tepat dalam mobiliti peribadi.

Empat motor bebas membekalkan kuasa kepada sistem ini, termasuk unit pacuan belakang tork tinggi yang memberikan gabungan tork puncak 120 N•m, angka yang dapat menandingi kereta kecil. Berfungsi bersama sistem ampaian penyerap hentakan, Quad-Drive mengagihkan kuasa secara dinamik pada masa nyata untuk mengekalkan cengkaman dan kestabilan merentas rupa bumi yang tidak rata, kerikil, turapan basah atau serpihan.

"Dengan Quad-Drive, kami memastikan otot kenderaan benar-benar sepadan dengan otaknya," kata Barney Mason, Ketua Reka Bentuk di Strutt. "Stereng aktif memberikan kami ketepatan kawalan yang tiada tandingan, manakala tork dan sistem ampaian bebas menginspirasikan keyakinan merentas permukaan dunia sebenar, tanpa menjejaskan keselesaan atau kestabilan."

ev¹ ini menyokong kelajuan tertinggi sehingga 8 bsj (13 km/j), muatan maksimum 350 lbs (160 kg), keupayaan mendaki 13-darjah dan kelegaan bumi 80 mm (3.1 inci). Direka untuk praktikaliti harian, kenderaan ini menampilkan seni bina modular yang boleh dipisahkan kepada lima komponen mudah alih, di samping sistem tempat duduk boleh laras sepenuhnya demi keselesaan ergonomik yang diperibadikan.

Platform Hidup

ev¹ ini direka untuk berkembang maju. Menerusi kemas kini melalui-udara (OTA), kenderaan ini akan terus-menerus menerima pemulihan pepijat dan kemas kini ciri bagi memastikan produk ini kekal canggih walaupun setelah lama membelinya.

Ketersediaan, Harga dan Pandu Uji

Bermula hari ini, Strutt ev¹ tersedia untuk prapesanan awal melalui laman web rasmi Strutt (www.strutt.inc). Mendapat kedudukan sebagai penghubung premium antara mobiliti penting dan robotik canggih, ev¹ ini mewakili era kehidupan berdikari yang baharu.

Bagi meraikan kemunculan sulung globalnya, Strutt menawarkan harga eksklusif iaitu $5,299, dengan penjimatan yang ketara daripada $7,499 MSRP. Bakal pelanggan boleh mengalami sendiri ev¹ ini di pameran-pameran akan datang di seluruh dunia atau menempah pandu uji melalui laman web.

Latar Belakang Strutt

Strutt ialah sebuah syarikat robotik diperbadankan di Singapura yang mentakrifkan semula pengangkutan peribadi melalui penderiaan canggih, teknologi pemanduan pintar dan reka bentuk industri yang memenangi anugerah. Produk andalan daripada syarikat ini, Strutt ev¹, direkayasa untuk menyampaikan keselamatan, kecerdasan dan kawalan tahap kenderaan-elektrik dalam kenderaan peribadi kompak yang dibangunkan untuk kegunaan harian.

Ketahui lebih lanjut: https://www.strutt.inc/

Untuk kit media, sila rujuk pautan ini: https://bit.ly/Struttev1MediaKit

Ini merupakan salinan terjemahan. Untuk ketepatan profesional, sila rujuk versi Bahasa Inggeris rasmi

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4855355_MS55355_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI