fbpx
Seorang pesara pegawai daerah direman bagi membantu siasatan kes memberi keterangan bercanggah di Mahkamah Alor Setar, hari ini.

Pesara pegawai daerah disyaki beri keterangan bercanggah direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang pesara pegawai daerah di Kedah direman selama dua hari bermula hari ini kerana disyaki memberi keterangan bercanggah dalam satu kes perbicaraan di mahkamah.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.
Menurut sumber, suspek disyaki memberi keterangan bercanggah dalam kes perbicaraan melibatkan Ketua Bahagian Kejuruteraan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan pelantikan syarikat milik saudaranya untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

Katanya, kes tersebut dituduh pada Disember 2021.

“Siasatan awal mendapati suspek telah memberikan keterangan yang tidak selaras di mahkamah dengan keterangan bertulis yang diberikan ketika di pejabat SPRM Kedah,” katanya.

Menurutnya, ketika keterangan diambil pada 2021, suspek merupakan setiausaha di salah satu PBT di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI